Asasnya ialah rangkaian komputer merupakan sambungan dua(2) atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
Rangkaian komputer merupakan satu sistem perkongsian untuk:
i) berkongsi fail,
ii) memindahkan fail,
iii) berkongsi perisian aplikasi (untuk menjimatkan kos),
iv) berkongsi dan menjimatkan masa untuk memasukkan data,
v) berkongsi pencetak, pengimbas, CD-ROM,
vi) internet.
Dalam masyarakat era informasi kini, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian, rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat.
Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melalui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
Terima kasih kerana membaca.