Thursday, November 11, 2021

KAUM IBAN SEBARIS KAUM LAIN : 5 PERKARA MESTI DILAKUKAN

5 PERKARA MESTI DILAKUKAN JIKA KAUM IBAN MAHU MAJU DAN BERDIRI SAMA TINGGI BERSAMA KAUM/BANGSA LAIN.

NO 1. MENCARI ILMU.
ILMU ialah jawapan kepada segalanya. Untuk berbuat sesuatu anda perlukan ilmu. Contohnya, tukang kayu perlukan ilmu untuk menghasilkan perabot yang berkualiti untuk dijual dan memberi pendapatan kepadanya. Seorang petani perlukan ILMU tentang menanam Pokok Durian supaya berhasil dan dijual untuk keuntungan. Apapun yang anda ingin lakukan, "Kuncinya ialah ILMU."

NO. 2.  BERUSAHA GIGIH.
"USAHA TANGGA KEJAYAAN."
TIADA jalan singkat untuk berjaya!
Mulakan dengan langkah kecil dan gandakan usaha sehingga kita sampai di satu tahap yang lebih selesa. TIDAK PERLU bertanding sesama orang lain kerana anda hanya akan mewujudkan TEKANAN terhadap diri sendiri. Ambil masa anda untuk lakukan sesuatu sehingga berjaya tanpa berasa tertekan.

No. 3. MENYATUKAN SEMUA AHLI PERNIAGAAN KAUM IBAN.
"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH."
Sesungguhnya jika kita mahu maju ke hadapan kita perlukan bantuan atau sokongan dari orang kita sendiri. Apakah maksudnya ini?
Golongan Ahli Perniagaan kaum IBAN wajib bersatu dan bersama-sama dalam membantu ahlinya sesama sendiri. Bagaimana ini boleh dilakukan? Dengan PERSATUAN PERNIAGA IBAN. DAN persatuan ini wajib BEBAS POLITIK. Jika wujud budaya politik di dalamnya maka usaha kepada penyatuan adalah mustahil. Ini adalah kerana perbezaan pendapat di dalam menyokong dan tidak menyokong. Bagaimana PERSATUAN PERNIAGA IBAN ini dapat memajukan kaum iban? SAYA ADA FORMULANYA!

NO. 4. KOPERASI.
MODAL atau Bantuan Kewangan ialah perkara utama di dalam komponen untuk mempastikan perniagaan ahlinya terus berjalan seperti biasa. Perniagaan yang tiada modal atau bantuan kewangan pasti lama kelamaan akan gulung tikar kerana kesan daripada kekurangan modal atau bantuan kewangan akan mengakibatkan proses pengurusan dan operasi syarikat dan perniagaan akan terganggu. Akhirnya syarikat rugi dan gulung tikar.

No. 5. MENYEMAI SEMANGAT KEUSAHAWANAN GENERASI MUDA. 
"Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi." 
GENERASI MUDA merupakan penyambung kepimpinan dan masa depan bukan sahaja kepada negara, tetapi juga kepada kaum dan bangsa. Melalui pendedahan dan latihan yang diberikan kepada generasi muda, sudah pasti generasi muda ini akan menjadi ASET PENTING pada masa hadapan.

Saudara dan saudari sekalian,
5 Perkara yang saya bariskan diatas hanya sebahagian daripada BIG PICTURE dan realiti yang sebenarnya. Adakah kita mahu kekal sebagai kaum atau bangsa yang lemah? Di buli, dipandang rendah, dan senang dikotak-katikan oleh orang lain?
KITA TIDAK MAHU!!!
Kita mahu berjaya juga seperti bangsa lain. 
Kita mahu dunia kenali bangsa IBAN. 
Kita mahu kaum IBAN berjaya dan berdiri sama tinggi dengan bangsa dunia.
Kita mahu lahirnya bangsa IBAN yang bergelar JUTAWAN, dan tidak terkira jumlahnya.
Iya! Kita tidak mahu MISKIN!!!

END. 


Coretan ini ialah luahan peribadi dari hati penulis agar bangsaku, kaumku IBAN dapat menjadi kaum yang lebih baik daripada hari semalam.

"BUILDING THE IBAN EMPIRE."
11.11.2021.