Thursday, June 6, 2013

BOT EXPRESS KARAM DI BELAGA, SARAWAK.

Belaga, Sarawak

Kejadian Bot Express karam di Belaga Sarawak, menjadi tanda tanya kepada semua penduduk Sarawak. Mengapa ianya boleh berlaku ?
Bagaimana ianya berlaku ?
Apakah langkah-langkah yang dilakukan supaya kejadian begini tidak berlaku di masa hadapan ?

Mengapa ianya boleh berlaku ?
Dikatakan faktor penyebab mengapa bot express ini karam adalah kerana bot express ini telah mengambil jumlah penumpang yang melebihi had. Dikatakan bahawa bot express ini membawa seramai 200 orang penumpang walhal sepatutnya kapasiti maksimum penumpang yang boleh dibawa ia hanya 74 penumpang.

Bagaimana ianya berlaku ?
Bot express yang dikatakan membawa lebihan muatan telah mengalami kerosakan enjin utama dan tiba-tiba terhenti di tengah-tengah sungai dengan air yang sangat deras. Bot express itu telah hanyut dibawa arus deras sungai dan tersangkut di batu di tengah-tengah sungai. Tolakan air deras ditepi bot telah menyebabkan bot tersebut terbalik dan tenggelam kurang 5 minit.

Apakah langkah-langkah yang dilakukan supaya kejadian begini tidak berlaku di masa hadapan ?
Kejadian bot karam boleh dielakkan jika penduduk disitu tidak perlu menaiki bot express. TETAPI jika mempunyai jalan raya, maka penduduk disitu boleh balik menggunakan kenderaan sendiri tidak perlu membayar tambang bot yang mahal semata-mata untuk balik menyambut Gawai.

Visual sebelum karam.

Bot express yang tenggelam.


Untuk makluman :
Harga Tambang Bot express ke Kapit pada hari biasa = Rm70.
Harga Tambang Bot Laju pada Hari Gawai = RM200.


Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

a little comment will be appreciated. :)