Berikut ialah 11 langkah yang diumumkan PM bagi membantu kurangkan kesan harga minyak jatuh dan ekonomi tidak menentu.
01. Potongan caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 3%. Manakala potongan Majikan Kekal 13%.
02. Memberi pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu yang berpendapatan RM8,000 ke bawah.
03. Mengurangkan Kos Keperluan Harian antaranya meliberalisasikan AP atau Permit Impot bagi produk pertanian seperti biji kopi mentah, daging lembu dan kambing.
04. Berkuatkuasa serta-merta ke atas projek perumahan baharu, kerajaan akan menetapkan kesemua penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
05. Sumbangan 30% daripada levi HRDF yang berjumlah 200 juta ringgit akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja menerusi inisiatif reskill dan upskill, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.
06. Meningkatkan jumlah dalam kecekapan kutipan hasil dengan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai.
07. Memperkemas Sistem Pengurusan Pekerja Asing, dimana kadar levi akan diklusterkan kepada 2 kategori sahaja. Tidak termasuk Pembantu Rumah Asing.
08. Perbelanjaan berhemat oleh kerajaan terutamanya berkaitan berkalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran kepada Tabung Amanah Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan GLC, dan menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.
09. Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat.
10. Institusi kewangan pembangunan atau DFI dan dana modal teroka atau VC milik kerajaan, akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak 6 billion ringgit dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan atau startup companies.
11. Menyarankan GLC melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, secara berperingkat.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment
a little comment will be appreciated. :)