Membeli-belah secara talian / online amatlah terkenal pada masa sekarang. Ianya menjadi antara media atau cara yang paling senang untuk "datang" kepada pelanggan. Pada masa kini terdapat syarikat-syarikat yang dulunya tidak dikenali ramai dan kini menjadi terkenal kerana adanya internet. Harini terdapat berbilion urusan perniagaan yang berjalan menerusi internet. Di antara yang terkenal ialah
Zalora.com,
Lelong.com,
Mudah.com, dan pelbagai lagi.
TETAPI, sejauh mana interaksi melalui internet ini boleh dipercayai ?
Saya merupakan seorang yang "busy" dan kurang masa untuk berjalan dan "window shopping" di Shopping Complex. Oleh itu, Shopping secara online ini menjadi satu kebiasaan bagi saya. Dan disini saya ingin berkongsi beberapa maklumat dan ciri-ciri perniaga yang Jujur / Penipu di internet.
1. Kaji Selidik Sedikit Tentang Latar-Belakang Penjual.
- Anda perlulah tahu dengan siapa anda berurusan kerana anda membeli barangan secara tunai, dan bukannya daun pokok. Anda sudah tentu tidak mahu kena tipu.
- Jika penjual itu ialah sebuah syarikat, sila mintak alamat penuh syarikat tersebut dan maklumat pemilik dia.
2. Si Penjual MESTI menggunakan Akaun Bank Persendirian / Syarikat. Tetapi saya menyarankan yang menggunakan Akaun Syarikat adalah lebih dipercayai. Bukannya meragui Akaun Persendirian, tetapi memang masih ada keraguan. INGAT ! jika Si Penjual berniat untuk menipu anda, anda boleh gunakan Nombor Akaun beliau membuat laporan polis.
3. Nombor Rujuk Hantaran. (Postal reference number).
- Setiap penghantar melalui pos mempunyai nombor siri dan anda MESTI mendapat nombor ini daripada penjual setelah penghantaran dibuat.
- Penjual yang ENGGAN memberikan nombor siri penghantaran kepada pelanggan, saya boleh katakan 100% PENIPU ! *Pengalaman peribadi.
4. SENTIASA berhati-hati dengan barangan yang dijual secara MURAH.
- Harga barang dijual jauh tidak realistik. Contoh, sebuah PS3 Sony Playstation dijual dengan harga RM500. Harga di pasaran sekarang ialah RM1150.
- Jarak harga yang murah ditawarkan adalah TERLALU JAUH. Ini kadang-kadang sengaja dilakukan Si Penipu supaya orang membeli dan kemudian membuat bayaran. Akhirnya, duit lesap habuk pun takda.
5. COD - Cash On Delivery.
- Jikalau tempat Si Penjual tersebut dekat dengan kawasan rumah anda, maka saya menyarankan anda bertanya jika Si Penjual setuju untuk membuat urusniaga secara COD. Ini adalah cara yang paling selamat daripada kena tipu.
6. Simpan Nombor Telefon Si Penjual.
- Menurut undang-undang telekomunikasi Malaysia setiap pengguna Talian telefon Pra-Bayar HARUS mendaftarkan talian tersebut terlebih dahulu sebelum diaktifkan. Besar kemungkinan anda akan dapat balik duit anda.
Saya ialah pengguna internet seperti anda. Saya sendiri pernah ditipu di dalam urusniaga internet. Oleh sebab itu saya ingin berkongsi maklumat ini supaya anda tidak mengalaminya.
Sekian sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca.
Sila lawati Link ini untuk senarai Scammer yang telah didapati menipu.