Makluman Temuduga Terbuka Pengambilan Pegawai Dan Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) Pengambilan Ke-6 Siri 1/16 KD SRI LIKAS
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam usaha TLDM kini untuk meningkatkan dan memperkasakan lagi struktur barisan kedua pertahanan negara terutamanya di Sabah dengan usaha strategik antara TLDM dan Agensi Kerajaan yang lain melalui penyertaan dalam PSSTLDM.
PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng Kedua Pertahanan Negara. Penyertaan generasi muda di dalam PPSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti yang termaktub dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada Pertahanan Negara.
Berikut ialah tarikh, masa dan tempat temuduga yang akan diadakan :
Tarikh : 21 dan 22 Mei 2016.
Tempat : Dewan SMK Lok Yun, Likas.
Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 petang.
Pakaian : Pakaian Sukan.
SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI DAN ASKAR LASKAR PSSTLDM :
1. Pegawai PSSTLDM.
a. Warganegara Malaysia.
b. Umur tidak kurang dari 18 tahun, tidak lebih 40 tahun.
c. Jarak tempat tinggal dari unit tidak lebih 100km.
d. Taraf kesihatan yang baik.
e. Kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
2. Askar Laskar PSSTLDM.
a. Warganegara Malaysia.
b. Umur tidak kurang dari 18 tahun, tidak lebih dari 35 tahun.
c. Jarak tempat tinggal dari unit tidak lebih 100km.
d. Taraf kesihatan yang baik.
e. Kelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPM(V) atau setaraf.
Dokumen yang diperlukan (asal dan salinan yang telah disahkan).
a. Kad Pengenalan - 1 salinan (disahkan oleh JPN)
b. Kad Pengenalan Ibu Bapa - 1 salinan (disahkan oleh JPN)
c. Sijil Kelahiran - 1 salinan (disahkan oleh JPN)
d. Sijil Tamat Sekolah - 1 salinan
e. Sijil SPM/SPM(V)/Diploma/Ijazah - 1 salinan
f. Gambar Berukuran Pasport - 1 salinan
g. Sijil-Sijil Pencapaian - 1 salinan.
selamat pagi tuan/puan..saya ABLE GINO ANGGUANG ingin bertanya,saya telah menghadiri pengambilan (PSSTLDM)KD SRI LIKAS pada 21,22 mai 2016..saya telah melapasi semua ujian-ujian fizikal yang telah di jalankan pada masa tersebut..sekali lagi, saya ingin bertanya..macamana nak tahu samada nama saya tersenarai untuk menghadiri pemelihan akhir atau tidak..
ReplyDeleteSaudara boleh menghubungi nombor-nombor berkaitan sprti dibawah untuk pertanyaan :
Delete088 - 482808 (Markas Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM KK)
ok tq..
ReplyDeletesama sama.
ReplyDelete