Friday, January 31, 2014

Allah Taala.

As long as we concerned this word is originally from Arabic word. 


How far this issue will go ?

Who will end this matter ?

How this will end ?

Will the result of it satisfy both sides ?

In our country's mission leds to Mission 2020, should this matter appear now ?

Can our country archive Mission 2020, "Clean" ?

*We pray and hoping for someone bring magics to this matter.


*silence.

Chinese New Year 2014

HAPPY CELEBRATING CHINESE NEW YEAR.

Selamat Menyambut Tahun Kuda Emas.



Tahun ini merupakan tahun Kuda Emas. Kami admin blog ini ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Gong Xi Fa Cai ! kepada semua yang meraikannya. Dan juga kepada pelawat blog ini dan bloggers yang diluar sana.

Semoga di tahun baru ini kita semua dilimpahi kekayaan dan diberikan kesihatan yang bagus untuk mencapai hasrat dan cita-cita yang diimpikan.

Sesungguhnya amalan kunjung-mengunjungi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia amat berkesan dalam mengeratkan hubungan diantara rakyat pelbagai kaum.

Pelbagai adat dan traditional yang dapat dilihat di dalam kebudayaan yang diamalkan. Ini menjadikan Malaysia merupakan satu negara yang unik yang padat dengan aktiviti kebudayaan Asia.

"Malaysia Truly Asia" tepat untuk menggambarkan tentang kebudayaan negara Malaysia.

Ayuh kita semua memohon hajat kepada Tuhan yang berkuasa agar negara Malaysia kita ini sentiasa aman damai dan dilimpahi dengan kekayaan dan kesejahteraan.

Demi kebaikan umat manusia sejagat.

Gong Xi Fa Cai ! 2014.

Sunday, January 5, 2014

Azam Baru Tahun 2014 ?



Hi pembaca, untuk permulaannya saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca dan berharap semuanya baik-baik belaka dan sihat-sihatlah hendaknya.

Kali ini saya ingin membicarakan tentang satu perkara yang amat menarik iaitu Azam Tahun Baru. 

Apabila tiba ketika tahun baru, sinonimnya kita akan memikirkan tentang apa azam baru yang bakal dilaksanakan dan cuba jayakan pada sepanjang tahun tersebut. 

Bagaimana dengan azam tahun lepas ? Sudah tercapai atau belum ?

Kalau belum mungkin azam anda itu tidak realistik atau terlalu berat untuk anda realisasikan. 

Jangan paksa diri anda untuk melakukan sesuatu yang mustahil untuk anda jayakan. Akhirnya nanti anda sendiri yang akan kecewa. Bagi yang masih mencari-cari apa azam bagi tahun ini anda kenalah berpijak di bumi yang nyata. "Ukur baju di badan sendiri ",bak kata orang dulu-dulu.

Berikut ialah diantara kateria yang perlu anda ambil serius untuk memilih azam anda,

1. Boleh dicapai walaupun susah. Kalau mustahil baik lupakan sahaja.
2. Tidak terlalu merugikan anda jika terpaksa mengeluarkan wang.
3. Boleh dicapai secara berperingkat jika dibahagikan mengikut sesuatu tempoh masa.
4. Bukan angan mat jenin k.
5. Dapatkan sokongan daripada kawan-kawan supaya proses mencapai azam lebih ringan/mudah.

Contoh :
1. Kuruskan badan. [yang paling popular]
2. Membuat simpanan wang untuk membeli sesuatu yang diidamkan.
3. Berumahtangga ?
4. Maju dalam kerjaya ? [biarlah ada kelayakan k]
5. Boyfriend ? / Girlfriend ? [hmm... kena berani luahkan perasaan]


Di atas sebahagian pendapat saya tentang topik di atas. Diharap anda dapat manfaat dari artikel di atas. Mohon anda sebagai pembaca untuk membuat komen terhadap artikel kami k.

Sekian. 

Saturday, January 4, 2014

Diet Untuk Kurus ?



Adakah anda tahu bahawa makanan berserat atau berfiber dapat membantu anda menguruskan badan ?

Oleh itu anda perlu tahu bahawa diet berat seimbang bukan sahaja untuk sistem pencernaan yang baik dan melancarkan pergerakan kumuh/tahi dalam usus besar manusia malah ianya juga membantu menurunkan berat badan.

Jadi pentingnya untuk anda memasukkan serat sebagai komponen diet anda sebagaimana memberikan kita rasa kenyang dan paling penting. Tidak menggemaukkan. Berikut senarai sumber serat yang anda boleh cuba masukkan dalam diet harian anda.

1. Bran
Dedak gandum, dedak jagung contoh yang terbaik untuk serat yang maksimum berbanding makanan lain. Ianya mengandungi serat yang tinggi berbanding oat.

2. Kacang
Kacang rebus membekalkan kandungan serat yang agak tinggi. Secawang kacang pea sahaja membekalkan 8.8g serat.

3. Berries
Berri juga sumber terbaik membekalkan serat. Secawan berries boleh memberikan 8 ke 10g serat untuk anda. Berries juga boleh dimakan mentah untuk kesan yang lebih baik.

4. Cocoa
Banyak jugak kajian menunjukkan coklat terutamanya dark coklat(mentah) memberikan kebaikan kepada kesihatan. Dark chocolate (coklat hitam) ini sumber iron dan potassium yang mantap selain hidangan sebanyak 100g boleh memberikan 33.2g serat. Bagaimanapun, coklat yang bersusu yang ttidak mengandungi serat yang mencukupi haruslah dielakkan.

5. Bijian
Kebaikan bijian ini tidak dapat dinafikan kerana bijian/bijirin ini digunakan dalam setiap masakan dan roti untuk meningkatkan serat dalam makanan. Jadi tidak ada masalah untuk anda mendapatkan serat dalam diet anda.

6. Kekacang
Sumber kekacang seperti gajus, kacang tanah dan kacang almond merupakan sumber serat jumlah yang boleh didapati dimana mana. 100g hidangan kacang almond sudah cukup membekalkan 12.2g serat. Apa tunggu lagi ?

7. Sayuran
Sayuran kaya dengan iron dan juga serat. Pastikan makanan harian anda ada sayuran untuk meningkatkan serat dalam pemakanan. Anda boleh cuba bayam atau lobak atau apa apa sahaja yang anda rasa itu sayuran tapi pastikan serat.

8. Artichoke
Artichok mengandungi serat, vitamin K dan folate. Ianya sumber vitamin C, magnesium, manganese dan potassium yang bagus.

9. Lentils
Kacang dalca atau dal contoh amat baik dalam memberikan sumber serat. 1 Cawan lentils yang dimasak mengandungi 15.6g serat.

10. Herba
Mengandungi vitamin dan mineral yang banyak, herba yang dikeringkan ini juga sumber serat. Contoh kulit kayu manis memberikan 53.1g per 100g hidangan. Banyak bukan ? Cuba untuk masukkan ramuan herba dalam masakan anda, anda tidak perlu khuatir lagi tentang serat.