Sunday, January 5, 2014

Azam Baru Tahun 2014 ?



Hi pembaca, untuk permulaannya saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca dan berharap semuanya baik-baik belaka dan sihat-sihatlah hendaknya.

Kali ini saya ingin membicarakan tentang satu perkara yang amat menarik iaitu Azam Tahun Baru. 

Apabila tiba ketika tahun baru, sinonimnya kita akan memikirkan tentang apa azam baru yang bakal dilaksanakan dan cuba jayakan pada sepanjang tahun tersebut. 

Bagaimana dengan azam tahun lepas ? Sudah tercapai atau belum ?

Kalau belum mungkin azam anda itu tidak realistik atau terlalu berat untuk anda realisasikan. 

Jangan paksa diri anda untuk melakukan sesuatu yang mustahil untuk anda jayakan. Akhirnya nanti anda sendiri yang akan kecewa. Bagi yang masih mencari-cari apa azam bagi tahun ini anda kenalah berpijak di bumi yang nyata. "Ukur baju di badan sendiri ",bak kata orang dulu-dulu.

Berikut ialah diantara kateria yang perlu anda ambil serius untuk memilih azam anda,

1. Boleh dicapai walaupun susah. Kalau mustahil baik lupakan sahaja.
2. Tidak terlalu merugikan anda jika terpaksa mengeluarkan wang.
3. Boleh dicapai secara berperingkat jika dibahagikan mengikut sesuatu tempoh masa.
4. Bukan angan mat jenin k.
5. Dapatkan sokongan daripada kawan-kawan supaya proses mencapai azam lebih ringan/mudah.

Contoh :
1. Kuruskan badan. [yang paling popular]
2. Membuat simpanan wang untuk membeli sesuatu yang diidamkan.
3. Berumahtangga ?
4. Maju dalam kerjaya ? [biarlah ada kelayakan k]
5. Boyfriend ? / Girlfriend ? [hmm... kena berani luahkan perasaan]


Di atas sebahagian pendapat saya tentang topik di atas. Diharap anda dapat manfaat dari artikel di atas. Mohon anda sebagai pembaca untuk membuat komen terhadap artikel kami k.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment

a little comment will be appreciated. :)