Monday, February 10, 2014

UMNO Sarawak ? "NO"

Berita tentang persaraan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmood semakin bertiup kencang dan ini diakui sendiri oleh Taib.
Siapa pengganti ?
Sebelum Taib melepaskan jawatan itu Taib berpesan kepada sesiapa sahaja yang dipilih untuk menggantikan dia nanti tidak akan sesekali membenarkan mana-mana elemen dari UMNO masuk ke Sarawak. 

"There is no need for umno to interfere in State management because no one else can understand our culture (Sarawak) other than us Sarawakian." TAIB.

Saya rasa rakyat Sarawak sangat bersetuju dengan apa yang disuarakan Taib kerana UMNO terkenal dengan perlakuan yang sering mengambil tindakan berat sebelah.

Ini memang kebimbangan seluruh masyarakat Sarawak. Lihat sahaja apa yang berlaku di utara borneo (Sabah). UMNO berkata mereka ialah pertubuhan atau kerajaan yang melindungi hak org tempatan dan melindungi negara dari anasir luar. Tetapi anda berjalan sahaja dimana-mana muka bumi Sabah anda pasti akan ternampak warga asing terutamanya orang warga pilipina. Dan jangan hairan lah juga jika PATI itu memiliki Kad Pengenalan negara Malaysia.

Kereta-kereta sewa yang anda lihat di sekitar bandar Kota Kinabalu itu ialah milik rakyat tempatan. Tetapi pemandu-pemandu sudah tentu warga pilipina. Anda pasti tertanya bagaimana mereka mendapat lesen memandu dan sebagainya.

Yang baik itu datang daripada Tuhan. Yang jahat itu datang daripada Manusia.

Walau apapun kita sebagai manusia biasa yang lemah hanya mampu berdoa agar negara kita dikurniakan dengan pemimpin-pemimpin yang mulia sifatnya seperti Tuhan yang Maha Esa pencipta segala kejadian alam.

No comments:

Post a Comment

a little comment will be appreciated. :)