 |
Dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak Angkat Sumpah Lantikan pada 28 Feb 2014 |
Tidak mengejutkan jika seorang yang berketurunan seperti Taib yang dilantik mengisi jawatan Ketua Menteri Sarawak kerana ini adalah lumrah permainan politik di Sarawak semata-mata untuk mengekalkan kuasa kepada sesuatu golongan sahaja. Adakah ini benar ?
Jika kenyataan di atas adalah salah, mengapa Tan Sri Alfred Jabu Numpang tidak dipilih ? sedangkan dia setia terhadap kepimpinan Taib selama ini. Alfred Jabu menyokong setiap perkara yang dilaksanakan oleh Taib termasuklah dalam hal menindas kaumnya sendiri (kaum dayak).
Adalah menjadi tanda tanya di bumi Sarawak mengapa Alfred Jabu diketepikan. Perkara Taib mengetepikan Jabu menjadi perbualan hangat di setiap pelosok benua Sarawak. Selama ini Jabu dilihat sebagai talibarut yang menjadi orang suruhan Taib dalam menindas kaumnya sendiri. Tetapi adalah salah jika ada yang mengatakan bahawa bangsa/kaum dayak tidak meletakkan harapan kepada Jabu langsung jika dia naik menggantikan Taib.
"Kita tahu Jabu telah bersalah terhadap kita tetapi dia cuma orang suruhan. Jadi tidak boleh salahkan dia 100%.",kata seorang pakcik.
Ungkapan seperti ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Dayak di Sarawak meletakkan harapan yang tinggi kepada Jabu untuk menggantikan Taib, TETAPI amat mengecewakan.
Apakah bangsa dayak yang populasi yang membentuk seramai 75% di bumi Sarawak akan berdiam diri sahaja ?
Apa yang bakal berlaku pada pendapat ramai ialah, sokongan daripada kaum Dayak kepada kerajaan yang baru ini pasti akan merudum.
Seperti yang diketahui umum, perlantikan Adnan untuk menggantikan Taib ialah sebahagian rancangan daripada Taib untuk meneruskan agenda dia dan menyambung apa saja yang telah dirangkakan oleh Taib.
Apapun kemajuan yang telah dibawa Taib selama ini telah "melukakan" sesetengah suku kaum. Penindasan yang berlaku akan sentiasa dikenang umpama luka yang meninggalkan parut.
Apakah corak pemerintahan Adnan seperti Taib ? YA, jika Taib naik sebagai TYT.
Rakyat Negeri Sarawak berharap penindasan ini dapat diberhentikan dan berharap hanya kebahgiaan yang akan berlaku di masa akan datang di Benua Sarawak.