
Abdul Taib Mahmood ialah seorang Ketua Menteri Sarawak yang paling lama iaitu 33 tahun.
Taib telah mengumumkan akan bersara dalam bulan Februari ini. Hal ini menggemparkan seluruh Bumi Kenyalang kerana tiada angin tiba-tiba pokok bergoyang.
Punca pengumuman Taib itu masih menjadi tanda tanya kepada warga Sarawak. Yang menjadi persoalan besar jika Taib benar-benar bersara maka, siapakah yang akan menggantikan Taib? Adakah Tan Sri Jabu akan naik menggantikan Taib? Atau Taib sememangnya sudah ada calon untuk menggantikan kekosongan itu nanti.
Apapun pada pendapat admin, jika pengganti Taib bukannya Jabu maka, rasa-rasanya sokongan daripada orang-orang Dayak terhadap kerajaan yang sekarang ini di Sarawak pasti akan merudum. Masyarakat Dayak di Sarawak membentuk lebih separuh daripada populasi rakyat Sarawak. Kononnya kesetiaan mereka terhadap kerajaan di bawah Taib sekarang kerana disebabkan Jabu.
Apapun ini cuma pendapat sahaja. Tuhan yang maha kuasa lebih mengetahui.
Jika benar persaraan Taib akan berlaku dalam masa terdekat ini maka, rakyat Sarawak pasti inginkan pemimpin yang berkebolehan menggantikan Taib untuk membawa Sarawak ke arah yang lebih baik.
![]() |
Tan Sri Afred Jabu Timbalan Ketua Menteri Sarawak 1 |
No comments:
Post a Comment
a little comment will be appreciated. :)