Tuesday, February 11, 2014

BR1M 2014


Diumumkan bahawa tarikh agihan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan bermula pada 22hb Februari ini. Menurut Perdana Menteri Malaysia BR1M akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon yang berjaya dan yang melepasi kriteria-kriteria yang ditentukan.

Manakala bagi pemohon yang tidak menyertakan nombor akaun semasa permohonan maka, bayaran akan dibuat mulai 23hb Februari secara Baucer seperti tahun-tahun yang lalu.

Adalah dimaklumkan bahawa pemohon tidak perlu panik dan tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) itu kerana anda boleh menghubungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdekatan dengan tempat anda.

Berikut ialah senarai nombor telefon yang mungkin serba sedikit dapat membantu anda:

  • Untuk pertanyaan - Hotline 1800-88-2716
  • Untuk Aduan - Infoline 03-83138987 / 8988 / 8989 / 8990
  • Laman Web http://www.hasil.gov.my/

No comments:

Post a Comment

a little comment will be appreciated. :)